fbpx

Putus cinta punca lelaki tidak pakai baju lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Gara-gara tertekan akibat putus cinta, seorang lelaki warga asing bertindak gila apabila berbogel di tempat awam di Permas Jaya, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 10 malam, Khamis lalu oleh seorang wanita iaitu penjaga kaunter hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi tersebut.

Katanya,suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada khamis lalu, sebelum ditahan pada jam 1.58 pagi, Jumaat.

“Wanita itu menyaksikan suspek berada dalam keadaan berbogel di tempat awam. Suspek ditahan pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi tiga minit 57 saat memaparkan seorang lelaki cuba melintas jalan dalam keadaan berbogel sebelum ditahan dua lelaki.

Tidak lama kemudian, pihak polis datang dengan sebuah unit kereta peronda (MPV), cuba memujuk suspek dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI