fbpx

LHDN jalankan Taklimat Khas PKPS 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pahang menjalankan program Taklimat Khas: Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 dan e-invois, hari ini.

Program tersebut merupakan kolaborasi bersama Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang (PPPGP) bertujuan untuk untuk meningkatkan kadar pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat.

Menurut kenyataan LHDN Pahang, objektif program tersebut adalah untuk perkongsian maklumat berkenaan PKPS 2.0 dan pelaksanaan e-invois secara mandatori bermula 1 Ogos 2024.

“Pelaksanaan e-invois ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembayar cukai terutama dalam menjimatkan masa dan penggunaan sumber untuk menguruskan invois serta mengurangkan beban kepada pemilik-pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

“Kami turut mengambil peluang dalam program yang dilaksanakan ini untuk menjemput semua pembayar cukai dan ahli PPPGP untuk bersama-sama menjayakan PKPS 2.0 yang sedang berlangsung,” kata kenyataan itu.

Sebagai maklumat tambahan, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan e-invois dengan merujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang telah dikemas kini dari masa ke masa mengikut kategori industri seperti yang berikut menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/soalan-lazim-industri-spesifik/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI