fbpx

Agong berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (kanan) bersama Anwar (kiri) di Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, di sini hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Majlis yang bermula pada pukul 3 petang itu dihadiri 2,500 tetamu termasuk menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen, duta-duta dan perwakilan asing ke Malaysia.

Turut hadir dalam majlis sama ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis tersebut diadakan bersempena tamatnya pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI