fbpx

SMART akan dihantar ke Jepun, AS jalani latihan tangani bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUCHONG – Kerajaan bercadang menghantar anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke luar negara bagi meningkatkan kepakaran pasukan menangani bencana.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) dicadangkan memandangkan negara itu mempunyai kecekapan pengurusan bencana yang lebih baik serta terbaik di dunia.

“Mereka (Jepun dan AS) banyak pengalaman berhadapan bencana. Pengalaman, peralatan dan teknologi mereka itu lebih daripada kita.

“Jadi kita perlu belajar daripada pihak yang mempunyai ketiga-tiga elemen itu,” katanya pada pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun 2024 bersama Warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Markas SMART Nadma Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, cadangan menghantar pasukan SMART dan Nadma menjalani latihan kepakaran menguruskan bencana di luar negara juga selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini sesuai dengan hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan pendedahan kepada pegawai-pegawai dari negara kita untuk dapat latihan di luar negara.

“Ia juga sebagai satu usaha apabila dulunya kita mengambil pakar luar negara untuk diletakkan di jabatan kita, atau pun membayar kos tinggi untuk jururunding (luar negara).

“Lebih baik kita bersetuju dengan Perdana Menteri untuk menghantar pegawai kita ke luar negara bagi mendapat latihan sesuai ‘Training of Trainers’ (ToT),” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI