fbpx

‘Ramasamy bimbang sikap perkaumannya terbukti jika Aaron jumpa saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir.

PETALING JAYA – Perang mulut antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas pemimpin DAP, P. Ramasamy masih berterusan tanpa sebarang penyelesaian.

Dr. Mahathir hari ini tampil memberi respon dalam satu hantaran di X tadi dengan menyindir tindakan Ramasamy yang dikatakan mengapi-apikan Menteri Perpaduan, Aaron Ago Dagang supaya menolak perjumpaan dengan beliau.

“Ke hadapan @AaronAgoDagang. Ramasamy bimbang (sikap) perkaumannya akan dibuktikan. Jadi, dia tak nak awak jumpa saya,” katanya.

Dr. Mahathir turut memaklumkan beliau juga bersedia untuk bertemu Ramasamy tetapi bekas Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Perai itu takut untuk bertemu dengannya.

“Saya malah bersedia bertemu dengannya, tetapi dia takut,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian sebagai respon kepada laporan sebuah portal berhubung kenyataan Ramasamy yang mendakwa pertemuan antara Aaron dan Dr. Mahathir bagi membincangkan kenyataan berhubung kesetiaan kaum India kepada negara ini akan berakhir sebagai satu tindakan sia-sia.

Kelmarin, Dr. Mahathir dilaporkan berkata beliau bersedia berjumpa Aaron bagi membincangkan kenyataannya mengenai masyarakat India di negara ini yang tidak setia sepenuhnya kepada negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI