fbpx

31,600 jemaah terima surat tawaran haji bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 31,600 jemaah haji bagi tahun ini 1445H/2024 akan mula menerima surat tawaran haji bermula hari ini dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Mengikut pecahan, tawaran tersebut melibatkan 40 peratus jemaah haji kumpulan B40, 58 peratus daripada kumpulan M40 serta dua peratus jemaah haji kumpulan T20.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal haji Malaysia perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum
menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

Menurutnya, dalam masa sama, bagi bakal haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah perlu membayar penuh kos haji melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah, rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia atau pembantu kepada jemaah kurang upaya yang telah terpilih menunaikan haji.

“Pada 2023, seramai 500 jemaah telah menolak bantuan sama ada secara penuh atau sebahagiannya, mencerminkan penghayatan kefahaman konsep istito’ah.

“TH berharap lebih ramai bakal jemaah kali ini akan menghayati konsep istito’ah dan semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mendapat haji yang mabrur.

“Berdasarkan kuota yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi, seramai 31,600 jemaah akan menerima surat tawaran haji berbanding dengan hampir empat juta pendeposit TH yang telah mendaftar dan masih menunggu untuk giliran haji,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan pemilihan bakal haji, TH akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada 1444H/2023 dan mereka yang giliran pada 1445H/2024.

“Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan dan rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari ini,” jelasnya. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI