fbpx

[VIDEO] Pengemis asing cuba buka pintu kereta, desak beli tisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengemis asing yang tular di TikTok, mendesak orang awam untuk membeli tisu jualannya.

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pengemis asing cuba membuka pintu kereta pengguna jalan raya dan desak orang awam untuk membeli tisu menimbulkan kebimbangan ramai.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Sawani di TikTok, penjual tisu warga asing itu dilihat memegang pintu kereta dengan niat untuk membukanya.

“Nak jual tisu sampai nak kena buka pintu kereta ke?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di hadapan gedung serbaneka di Banting tengah hari, semalam.

Bagaimanapun, jantina warga asing itu menjadi persoalan apabila dikatakan bahawa dia berhijab dan bertopeng muka dengan tujuan untuk mengelirukan bahawa dirinya seorang wanita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang dengan keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

“Aku punya paranoid bila keluar seorang diri, masuk kereta terus kunci pintu. Seramnya kalau jadi macam ini,” komen Firza.

“Sebab itulah pentingnya cermin gelap. Rasa selamat sikit sebab orang luar tak nampak kita,” tulis Gula Melaka.

“Kawan saya pernah kena cubit bila tak beli darinya,” kongsi Bob Hilmi.

Perkongsian video yang tular itu telah menerima sebanyak satu juta tontonan dan 49,900 tanda suka sejak ia dimuat naik malam semalam. – KOSMO! ONLINE

@bukanwani_ Nak jual tissue sampai nk kene bukak pintu kereta yee #fyp #fy ♬ original sound – Sawani

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI