fbpx

Pesawat terbakar sebelum terhempas di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat ringan terhempas di sebuah lebuh raya dekat Panguilemo, kelmarin. - Foto X

SANTIAGO, Chile – Sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di sebuah lebuh raya di tengah Chile kelmarin, menyebabkan juruterbangnya terbunuh dan tiga individu lain cedera, lapor laman berita RT.

Satu rakaman video menunjukkan pesawat milik Air Andes SPA terbang amat rendah di atas lebuh raya tersebut semasa melakukan latihan memadam kebakaran sebelum ia terhempas.

Ia terletak berdekatan dengan pangkalan udara Panguilemo, bandar Talca.

Sebelah sayap pesawat itu kemudian melanggar talian elektrik voltan tinggi, menyebabkan ia hilang kawalan.

Apabila pesawat itu berpusing-pusing, bebola api muncul pada badannya sebelum ia terhempas di atas lebuh raya.

Perbadanan Perhutanan Nasional (CONAF) mengenal pasti juruterbang yang maut sebagai Fernando Solans, yang merupakan warga Sepanyol. Tiga individu lain di lokasi kejadian turut cedera.

Punca kejadian masih belum diketahui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI