fbpx

Bekas pengurus gudang didakwa makan suap RM10,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus gudang sebuah syarikat logisitik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh tuduhan rasuah berjumlah RM10,500 bagi mempercepatkan tuntutan sebuah syarikat, antara 2020 dan 2021.

Tertuduh, Jasryn Hilmy Juraidi, 41, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan ketujuh-tujuh tuduhan, Jasryn didakwa telah menerima keseluruhan suapan bernilai RM10,500 daripada pemilik sebuah syarikat sebagai upah mempercepatkan proses tuntutan syarikat berkenaan melibatkan 13 dokumen invois berjumlah RM525,543.60.

Perbuatan itu dilakukan di cawangan sebuah bank di Pelabuhan Klang dekat sini antara 30 September 2019 hingga 26 Februari 2021.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irna Julieza Maaras mencadangkan kesemua jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Peguam Noor Zurawati Ishak mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 susulan anak guamnya merupakan penanggung tunggal bagi menyara keluarga dan ibu bapanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan pasport diserahkan kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM Selangor pada minggu pertama setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Februari depan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI