fbpx

51 unit bubu naga dirampas APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga yang dirampas APMM di perairan berhampiran Pulau Kalumpang, Kuala Kurau semalam. - Foto IHSAN APMM

BAGAN SERAI – Sebanyak 51 unit bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau di kedudukan 9.6 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang, Kuala Kurau di sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, kesemua bubu naga terbabit dikesan oleh pasukan bot peronda APMM yang sedang melakukan rondaan rutin di perairan Larut Matang melalui penemuan penanda bendera mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas penanda terbabit, anggota bot peronda APMM telah menemui sebanyak 51 unit bubu naga berada di lokasi tersebut.

“Kesemua bubu naga itu dianggarkan bernilai hampir RM4,000 telah dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen yang sah.

“APMM menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kelestarian ekosistem marin negara.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kuraudi talian05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI