fbpx
Gambar hiasan

Tukang masak Siam lari, rasa tomyam pun lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hanya 10 peratus daripada lebih 10,000 kedai tomyam di negara ini yang menawarkan menu asli dari Thailand, manakala selebihnya hidangan tersebut menggunakan resipi tempatan.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Tomyam (Pertom) Terengganu, Hasan Chemod berkata, keadaan itu berlaku kerana restoran di negara ini menggaji pekerja yang tidak mahir dan hanya tahu sekadar memasak sahaja.

“Jika betul menu itu dimasak guna cara orang di Thailand, bahan masakannya sepatutnya mengikut resipi di sana (Thai) seperti sos-sos atau sayur-sa­yuran tertentu.

“Bagaimanapun, tomyam di Malaysia ini dimasak menggunakan cara orang kita masak dan bukan mengikut kaedah warga Thailand sediakan. Nasi goreng daging merah juga berbeza di sini dan sana dari segi rupanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, sikap pengusaha restoran yang enggan mengambil tukang masak terlatih serta berdaftar dengan persatuan tukang masak di Thailand didakwa menjadi antara punca.

“Bila gaji tukang masak tidak berdaftar, mereka masak cincai-cincai sahaja,” ujarnya.
Hasan berkata, ada dalam kalangan pengusaha restoran enggan guna saluran betul bagi membawa masuk tukang masak terlatih kerana mahu mengambil jalan mudah mendapatkan khidmat golongan itu.

“Jadi, ada antara mereka ini membawa masuk warga Thailand guna pas lawatan sosial ke negara ini sebelum golongan itu mula berkhidmat sebagai tukang masak di restoran masing-ma­sing.

“Sepatutnya majikan memohon daripada pihak berkuasa permit bekerja untuk tukang masak itu, namun ramai yang tidak berbuat demikian bagi elak bayar hampir RM2,000 bagi permit berkenaan,” katanya.

Menurut Hasan, ada dalam kalangan majikan yang tidak terlalu memikirkan soal kemahiran memasak dalam kalangan pekerja yang mahu diambil dari Thailand dan mereka bekerja asalkan boleh memasak.

Semalam Kosmo! melaporkan ramai tukang masak Thai bertukar kerja di beberapa restoran di negara ini hampir tujuh kali setahun kerana isu gaji yang rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN