fbpx

Putera Mateen, Dayang Anisha sanding hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja hari ini merupakan acara kemuncak bagi 10 majlis yang disediakan sempena perkahwinan Putera Mateen bersama Dayang Anisha. - Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah akan berlangsung di Istana Nurul Iman, Brunei hari ini.

Majlis tersebut dijadualkan bermula sekitar pukul 10 pagi nanti dan mempelai pengantin diraja kemudian akan dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Senarai tetamu pada majlis istiadat hari ini dijangka dihadiri oleh kerabat diraja antarabangsa dan pemimpin politik.

Ia termasuklah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Istana negara dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua juga dijadualkan berangkat menghadiri Istiadat Persantapan Diraja sempena meraikan kedua-dua pengantin diraja tersebut di Istana Nurul Iman pada Isnin malam.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI