fbpx

EPL: Pochettino pening di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Isu kecederaan terus membuatkan pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino berada dalam tekanan apabila 11 pemainnya dijangka terlepas aksi menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris malam ini.

Tekanan tersebut semakin tinggi selepas mereka tewas 0-1 pada aksi pertama Piala Liga Inggeris ketika berdepan Middlesbrough sebelum ini menyebabkan Chelsea tidak mempunyai pilihan kecuali perlu mengatasi Fulham.

Pochettino bakal kehilangan beberapa pemain tonggak termasuk Christopher Nkunku yang kembali dihantui isu kecederaan menyaksikan pemain itu lebih banyak berada di bilik rawatan berbanding beraksi di padang musim ini.

Chelsea juga masih tidak dapat menggunakan khidmat Reece James, Ben Chilwell selain tiga lagi pemain, Romeo Lavia, Lesley Ugochukwu dan Robert Sanchez juga masih belum pulih.

“Sukar untuk saya jawab mengenai masalah kecederaan yang terpaksa dihadapi oleh pasukan kami. Ada sesetengah masalah kecederaan di luar kawalan kami, ia sesuatu yang malang.

“Ia bukan masalah melibatkan kapasiti latihan atau kekurangan kualiti dalam semua aspek. Saya tidak mahu menyalahkan nasib kerana itu adalah alasan yang paling mudah diberikan, tetapi itulah hakikat yang dihadapi oleh beberapa pemain seperti Nkunku, James dan Lavia.

“Pastinya satu masalah apabila 10 hingga 12 pemain tidak boleh beraksi, anda tidak mempunyai skuad yang cukup untuk bekerja. Kami terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan keseimbangan pada setiap minggu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`