fbpx

[VIDEO] Lelaki cedera kereta terbabas langgar paip air di Kepala Batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Pajak Song, Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dia pandu terbabas dan melanggar paip air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Jalan Pajak Song, Kepala Batas di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 27 tahun memandu kereta jenis Perodua Kelisa menuju ke Masjid Pajak Song dari lampu isyarat Permatang Sireh.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum melanggar pagar serta paip milik PBAPP.

“Pemandu yang mengalami luka pada tangan dan badan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini lelaki terbabit belum tampil membuat laporan polis, manakala kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN166/1959 Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI