fbpx

Rishi Sunak sahkan Britain bom pemberontak Houthi di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunak mengesahkan bahawa tenteranya menyasarkan kemudahan Houthi di Yemen. - (Stefan Rousseau/PA Wire

LONDON – Perdana Menteri, Rishi Sunak mengesahkan bahawa Tentera Udara Diraja Britain (RAF) melancarkan serangan menyasarkan fasiliti milik pemberontak Houthi di Yemen. 

Akhbar Guardian Series melaporkan, serangan itu adalah yang pertama dilancarkan oleh Britain terhadap puak Houthi selepas militia berkenaan membedil kapal-kapal dagang di Laut Merah.

Mengulas perkembangan tersebut, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, tentera AS yang dibantu askar Britain, Australia, Bahrain, Kanada dan Belanda berjaya menyasarkan beberapa lokasi pemberontak Houthi di Yemen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sunak berkata: “Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pemberontak Houthi melakukan siri serangan berbahaya terhadap perkapalan komersial di Laut Merah, mengancam kapal Britain dan kapal dagang antarabangsa lain sehingga menyebabkan gangguan besar kepada laluan perdagangan penting.

“Oleh itu, kami mengambil tindakan terhad, perlu dan berkadar dalam mempertahankan diri bersama AS dengan sokongan tanpa tentera oleh Belanda, Kanada dan Bahrain untuk menjejaskan keupayaan Houthi dan melindungi perkapalan global.

“Tentera RAF terus melakukan rondaan di Laut Merah sebagai sebahagian daripada Operasi Penjaga Kemakmuran multinasional untuk menghalang pencerobohan Houthi dan kami menggesa mereka menghentikan serangan dan mengambil langkah untuk meredakan ketegangan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI