fbpx

Polis tahan seorang lelaki kes khianat rumah Ngeh Koo Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN forensik melakukan siasatan di lokasi kebakaran di rumah Ahli Parlimen Beruas, di Ayer Tawar baru-baru ini.

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an awal pagi ini berhubung kes khianat yang menyebabkan kebakaran kereta dan sebahagian rumah Ahli Parlimen Beruas di Ayer Tawar, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, berkata lelaki itu ditahan di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor, kira-kira pukul 4 pagi.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit daripada lelaki tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu direman selama lima hari sehingga Selasa depan.

Kelmarin, polis mengesahkan terdapat perbuatan khianat apabila menemui ‘molotov coctail’ di lokasi kejadian kebakaran di garaj kediaman Datuk Ngeh Koo Ham sehingga menyebabkan tiga kenderaan dan sebahagian siling dan bumbung rumah Ahli Parlimen Beruas itu terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran.

Turut terbakar ialah siling dan bumbung garaj kediaman di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI