fbpx

Penjawat awam Terengganu terima bonus RM2,000 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Farok Hussin (dua dari kanan) lancar Hari Padu bersama Penjawat Awam peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kira-kira 14,457 penjawat awam di Terengganu akan menerima imbuhan RM2,000 daripada Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Datuk Seri Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, imbuhan terbabit sama seperti diumum Kerajaan Persekutuan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024.

“Saya tahu ramai (penjawat awam Terengganu ) tertunggu-tunggu pengumuman bonus. Kita dah buat ketetapan ikut apa yang disarankan kerajaan Persekutuan iaitu RM2,000,” katanya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tengku Farok Hussin berkata, pembayaran imbuhan terhadap penjawat awam Terengganu akan dibuat sama seperti kerajaan Persekutuan iaitu bulan Mac ini.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI