fbpx
Penduduk menunjukkan kawasan runtuhan tebing berhampiran Jalan Temin-Temerloh, Jerantut baru-baru ini.

Bila mahu baiki runtuhan tebing?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Saujana ­Putra dan Taman Saujana ­Utama, di sini, mahu pihak berwajib segera membaik pulih runtuhan tebing dan mendapan jalan di laluan masuk ke kawasan penempatan mereka.

Dakwa mereka, masalah itu sudah dua tahun berlaku berhampiran Jalan Temin-Temerloh, di sini, sehingga laluan masuk ke kawasan penempatan ­mereka tinggal selorong sahaja yang membahayakan pengguna ken­deraan untuk keluar masuk.

Selain penduduk, pemilik premis perniagaan juga bimbang akan berlaku runtuhan lebih ­serius jika tiada langkah segera untuk membina tembok konkrit.

Penduduk Taman Saujana Putra, Rosmadi Sulaiman, 60, berkata, runtuhan tebing setinggi kira-kira 6 meter dan mendapan tanah itu berlaku ketika musim tengkujuh, dua tahun lalu.

“Hal ini berlaku akibat ha­kisan dan aliran air bawah tanah berikutan hujan lebat. Banyak kali aduan daripada jawatan­kuasa penduduk taman ini dibuat kepada pihak berwajib, malangnya tiada sebarang tindakan diambil.

“Dalam tempoh musim tengkujuh sejak Disember tahun lalu, runtuhan semakin menjadi-jadi sehingga menyempitkan laluan masuk ke taman ini,” katanya.

Badrulhisham Mohamad, 65, berkata, kawasan runtuhan itu merupakan laluan utama keluar masuk penduduk ke bandar selain urusan harian termasuk menghantar anak ke sekolah dan pergi balik ke tempat kerja.

Menurutnya, laluan tersebut juga sering digunakan pengguna jalan raya termasuk kenderaan berat untuk mengisi bahan api di stesen minyak di kawasan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN