fbpx

Agong titah percepat projek tebatan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, Pekan hari ini.

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar projek tebatan banjir yang telah dirangka bagi negeri Pahang dipercepatkan.

Baginda turut bertitah agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan projek tebatan banjir dan meminta agar projek terbabit dipandang serius dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

“Saya harap kerajaan harus mempercepatkan projek-projek tebatan banjir yang mana telah pun dirangka oleh pihak berwajib.

“Kita haraplah janganlah berpolitik dalam hal ini. Seelok-eloknya secara serius dan secara segera untuk membina tebatan-tebatan banjir di seluruh negeri Pahang,”titah baginda ketika mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini, hari ini.

Baginda turut diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Inrahim Shah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI