fbpx

Seragam baharu MAG terjemah kekayaan budaya Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancaran seragam baharu yang akan digunakan kakitangan darat MAG. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Malaysia Aviation Group (MAG) melancarkan seragam baharu bagi kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu, sekali gus menterjemahkan elemen moden dalam rekaan selain mengekalkan budaya Malaysia.

Seragam baharu digunakan kakitangan Perkhidmatan AeroDarat (ADS) itu juga disifatkan lebih praktikal seiring peranannya menyediakan perkhidmatan kepada
semua syarikat penerbangan MAG serta asing yang terbang ke Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, seragam baharu ADS itu turut melambangkan komitmen pihaknya terhadap budaya profesional dan kesaksamaan.

Pada masa sama, katanya, ia juga sebagai langkah menghargai kemeriahan budaya Malaysia dengan menerapkan elemen motif songket dalam rekaan.

“Seragam baharu itu juga bagi meraikan bakat dalaman kami susulan ia direka khas oleh golongan muda kreatif dalam MAG, seterusnya memacu organisasi ke hadapan.

“Menerusi itu, kami juga mahu tetamu MAG terus menerima kemesraan layanan yang
mentakrifkan jenama kami,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pakaian baharu kakitangan darat MAG di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini tadi.

Perasmian majlis itu disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Pelancaraan seragam baharu itu turut mendapat kerjasama Habib Jewels dan TudungPeople yang menggariskan komitmen MAG dalam menyokong dan memperkasakan bakat dan jenama tempatan.

Mengulas lanjut, Kapten Izham berkata, selain pakaian seragam, MAG turut memperkenalkan beg tangan yang diberi nafas baharu daripada seragam kebaya sebelum ini.

“Langkah penting itu bukan sahaja menggariskan komitmen kumpulan dalam menerapkan amalan mampan dalam operasi, tetapi melambangkan satu perjalanan sejarah organisasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI