fbpx

Dana publisiti RM700 juta: SPRM rakam keterangan Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung dana RM700 juta bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perkara itu dimaklumkan SPRM sebentar tadi menerusi satu kenyataan akhbar yang mana turut mengesahkan bahawa pihaknya telah memanggil isteri bekas Menteri Kewangan iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid.

Nai’mah yang merupakan isteri kepada Tun Daim Zainuddin turut dipanggil bersama dua anak lelakinya iaitu Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan hari ini.

Menurut SPRM, ketiga-tiga individu itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa satu Notis telah diserahkan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023.

“Manakala Notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

SPRM berkata, sebagaimana yang telah dinyatakan pada kenyataan akhbar pihaknya bertarikh 30 Disember 2023, siasatan terhadap Daim telah bermula pada Februari 2023
berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora.

“Siasatan terhadap aset milik beliau juga masih terus berjalan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI