fbpx

Banjir: Bomba pantau orang ramai sakan ‘pesta air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba ketika melakukan pemantauan dan nasihat kepada penduduk sekitar kawasan banjir di bandar Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Sikap orang awam yang tidak mengendahkan keselamatan diri bermain air banjir di kawasan terjejas di daerah ini dikhuatiri boleh mengundang bahaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, pihaknya telah menggerakkan aset dan anggota untuk melakukan pemantauan serta khidmat nasihat kepada orang ramai tentang bahaya semasa musim banjir.

Katanya, memasuki hari keempat pusat bandar Kota Tinggi digenangi air, pihak bomba sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menerima sekiranya terdapat panggilan penyelamat yang perlu dilakukan.

Menurut beliau, pihaknya turut menerima panggilan khidmat khas bagi bantuan menangkap ular di kawasan banjir.

“Hari ini pasukan membuat tinjauan di kawasan banjir untuk memastikan keadaan air sama ada trend menurun atau bertahan atau naik kerana cuaca kadang kala hujan lebat tetapi hujan seketika di bandar selain memberi khidmat nasihat tentang bahaya banjir kepada orang awam.

“Menjadi trend dalam keadaan banjir ini penduduk tidak mementingkan aspek keselamatan dan apa kita bimbangkan binatang berbisa, benda bahaya seperti kaca yang boleh sebabkan cedera,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI