fbpx

Penyelia keselamatan tapak bina ditahan bersubahat kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelia tapak bina yang disyaki bersubahat kes rasuah dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini bagi proses permohonan reman.

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang lagi suspek kes rasuah RM5,000 bagi membatalkan kompaun dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini, dua tahun lalu.

Suspek lelaki yang merupakan penyelia keselamatan tapak bina berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM negeri bagi dirakamkan keterangan pada pukul 11 malam, semalam.

Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk proses permohonan reman sebelum direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.

Menurut sumber, suspek ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang penolong pegawai tadbir kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada tahun 2022.

“Wang berkenaan sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang telah dikeluarkan oleh sebuah agensi penguat kuasa terhadap syarikat tersebut atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penolong pegawai tadbir direman enam hari kerana disyaki melakukan kesalahan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI