fbpx

Bekas kerani mengaku melacur didenda RM2,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH yang berusia 26 tahun diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini . -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang bekas kerani didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti pelacuran pada minggu lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Zami Nor Aida Che Ya, 26, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang kini menganggur didakwa mencari langganan bagi maksud melakukan aktiviti persundalan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 7.40 malam di bilik bernombor 1115, tingkat 11 di sebuah hotel dalam daerah Melaka Tengah pada 5 Januari 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishar sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab. Malek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI