fbpx

6 individu beri keterangan kes penemuan dua rangka manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Polis mengambil keterangan enam individu berhubung kes penemuan dua rangka manusia dan cebisan kain di atas bumbung rumah kedai di Sitiawan, tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, setakat ini pihaknya masih belum memperoleh petunjuk baharu berhubung kes tersebut.

“Kita masih meneruskan siasatan sehingga kini belum ada perkembangan terbaharu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di sini hari ini.

Pada pertengahan Oktober lalu, peniaga dan orang ramai di Jalan Kelab, Sitiawan gempar apabila dua tengkorak dan tulang manusia dipercayai mangsa bunuh ditemui atas bumbung sebuah rumah kedai.

Dua tengkorak itu ditemui dalam dua beg plastik, manakala tulang dipercayai manusia berada atas bumbung pemis bersebelahan cawangan sebuah bank tempatan itu.

Rangka manusia itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat, manakala sampelnya dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI