fbpx

Saya akan terus petik ayat al-Quran serta tafsir – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau akan terus memetik ayat al-Quran bersama tafsiran pada perhimpunan bulanan bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan datang.

Anwar berkata, namun demikian, beliau akan merujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu agar ia tidak mencetuskan sebarang kontroversi.

“Saya syukur kerana apa yang dilontarkan dalam perhimpunan JPM ini menyuburkan minat masyarakat terutama anak muda untuk membaca dan menelaah.

“Bukan sekadar membaca al-Quran tetapi menafsirkan secara mendalam…saya anggap itu penting.

“Nanti bulan-bulan lain saya baca ayat-ayat al-Quran dan tafsir supaya galak perbahasan…tetapi saya akan rujuk Jakim elak kontroversi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI