fbpx

Empat beranak terpaksa berpuasa, stok makanan habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumbangan yang telah dihulurkan kepada keluarga tersebut yang dikongsi di laman Facebook Irdk Services.

PETALING JAYA – Empat beranak yang tinggal di sebuah kampung di Tumpat, Kelantan terpaksa berpuasa dan ‘mengikat perut’ selepas stok makanan di rumah mereka kehabisan.

Lebih menyedihkan rumah sewa yang dihuni mereka juga sudah beberapa bulan tertunggak selepas semua duit simpanan mereka habis digunakan.

Kisah menyayat hati itu dikongsi di laman Facebook Irdk Services dan difahamkan mereka telah menghantar sedikit bantuan kepada keluarga tersebut kelmarin.

Menurut Irdk Services, empat beranak itu terputus bekalan makanan selepas suami pengadu sudah beberapa minggu tidak dapat bekerja.

“Mengikut cerita ibu dua anak ini, suaminya kerja memesin rumput dan hanya ambil upah di kawasan sekitar sahaja kerana motosikalnya rosak.

“Seminggu dua ni job (kerja) langsung tiada menyebabkan mereka terputus bekalan makanan kerana langsung tiada simpanan. Rumah sewa pun turut tertunggak,”tulisnya.

Difahamkan suami kepada wanita itu juga mempunyai masalah kesihatan dan tidak boleh melakukan kerja berat.

Susulan itu kata Irdk Services, pihaknya telah menghulurkan sedikt sumbangan barangan keperluan harian termasuk gas memasak untuk mereka berbuka puasa.

“Begitulah liku-liku kehidupan, kepada meraka yang dipertanggungjawabkan, sila jalankan tugas anda. Semoga tiada lagi yang kelaparan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI