fbpx

MR D.I.Y. lancar inisiatif Wo Ai Ni bersempena sambutan Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi Tahun Baru Cina sedang bermula di semua cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara.

PETALING JAYA – MR D.I.Y. , peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat di negara ini, menawarkan lebih 90 produk khas bersempena Tahun Baru Cina di bawah inisiatif Wo Ai Ni (saya sayang awak) di beberapa cawangan terpilihnya di seluruh negara dengan tambahan 120 produk perkakas, keperluan rumah, makanan dan minuman dengan diskaun sehingga 20 peratus.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, Tahun Baru Cina menekankan tentang penyatuan keluarga dan orang yang dikasihi, oleh itu, pihaknya mahu menjadikan pertemuan semula ini lebih istimewa dengan menerapkan semangat Ai (cinta) ke dalam perayaan melalui inisiatif  Wo Ai Ni.

“Selain daripada produk istimewa Tahun Baru Cina dan diskaun yang ditawarkan untuk barangan keperluan harian, kami juga telah menyusun rangkaian program istimewa di bawah nama ‘I Love You’

“Ini termasuk aktiviti di MR D.I.Y. PLUS Mid Valley Megamall dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), mendekati mereka yang memerlukan di 14 buah negeri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. 

Rangkaian produk ‘Wo Ai Ni’ termasuk aksesori rambut seperti klip cengkam, klip rambut, dan getah ikat rambut, serta pelbagai anting-anting bertemakan perayaan yang unik. 

Bagi memastikan rumah para pelanggan dihiasi indah pada Tahun Naga ini, peruncit tersebut juga menawarkan pelbagai hiasan dinding dan set kain rentang Tahun Baru Cina, hiasan gantung, lampu LED, pelekat tingkap, bunga, bantal, karpet lantai, serta kotak tisu. 

Pembeli juga pasti tertarik dengan sepasang lentera sepanjang 80 cm pada harga serendah RM88, amat sesuai untuk menghiasi pintu masuk rumah. 

Selain itu, terdapat beg hadiah, kotak, dan sampul duit Tahun Baru Cina berwarna merah bertemakan naga untuk meraikan semangat memberi.

Para pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 di MR. D.I.Y. dan MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat sampul duit berwarna merah edisi terhad percuma, menambah sentuhan kemakmuran di musim perayaan ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI