fbpx
DBKL menyita pelbagai barangan dalam operasi Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang di Kuala Lumpur kelmarin.

Tiga ‘Little Dhaka’ di Kuala Lumpur digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jalan Silang, di sini yang terkenal dengan jolokan ‘Little Dhaka’ sekali lagi digempur pihak berkuasa membabitkan 300 pegawai dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelmarin.

Sebelum ini, hampir satu batalion anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerah bagi menggempur lokasi panas pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri lokasi itu.

Kali ini, DBKL mengambil tindakan sitaan serta kompaun terhadap peniaga dan penjaja termasuk warga asing dalam operasi Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang yang turut dijalankan di Jalan Petaling dan Masjid India, di sini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan khas itu membabitkan pemeriksaan 110 aktiviti premis perniagaan, penjaja, halangan kaki lima, pengendali atau pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalu lintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am yang berlaku.

Antara barangan yang disita daripada beberapa premis.

“Sebanyak 29 premis perniagaan diambil tindakan pindah peralatan yang melakukan ke­salahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga a­sing, manakala 20 penjaja tanpa le­sen termasuk tiga warga asing dikenakan tindakan sita bara­ngan.

“DBKL turut mengeluarkan 25 notis penguatkuasaan teknikal dan membuat tindakan serta-merta meroboh struktur-struktur sambungan di premis perniagaan yang menggantung pelbagai aksesori di lorong, laluan dan jalan awam serta menurunkan iklan dan poster haram sekitar lokasi operasi,” katanya semalam.

Menurut kenyataan itu, seba­nyak 29 notis kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan melibatkan pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan adalah beroperasi tanpa lesen, menggajikan warga asing, struktur sambungan dan halangan tempat awam.

“Selain itu, iklan tanpa kebenaran di bawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan (WPKL) 1982, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Struktur sambungan dipotong serta-merta.

“DBKL turut menunda 12 kenderaan, angkut sembilan buah motosikal dan mengkompaun 45 kenderaan yang membuat pelbagai kesalahan halangan lalu lintas menerusi Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua bara­ngan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras dan Depoh Kende­raan Ditunda Jalan Pahang untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi.

Pada 21 Disember tahun lalu, seramai 1,101 PATI ditahan dalam Ops Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Jalan Silang atau diberi jolokan ‘Little Dhaka’.

Bagaimanapun, selepas se­minggu, tinjauan mendapati Jalan Silang kembali dipenuhi warga asing yang berkumpul serta melepak berikutan cuti umum sempena sambutan Tahun Baharu 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN