fbpx

Polis rampas 15 juta pil methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kumpulan dadah antarabangsa berjaya digempur di Thailand baru-baru ini. - Foto KhaoSod

BANGKOK – Sebuah sindiket dadah antarabangsa tumpas, manakala polis menangkap ketuanya dan merampas lebih 15 juta pil methamphetamine serta masing-masing lebih satu tan heroin, ketamin dan ice, lapor portal berita Thaiger semalam.

Operasi itu juga menyaksikan aset bernilai kira-kira 105 juta baht (RM14.11 juta) turut disita.

Pengumuman mengenainya dibuat di Ibu Pejabat Polis Anti-Narkotik Thailand yang diterajui Timbalan Komisioner Polis Nasional, Kittirat Phanphet bersama Asisten Komisioner Polis Nasional, Nirund Lueamsri.

Penangkapan tersebut adalah sebahagian daripada tindakan keras polis terhadap rangkaian pengedaran dadah sepanjang Disember 2023.

Sepanjang tempoh tersebut, Ibu Pejabat Polis Anti-Narkotik menumpaskan empat rangkaian pengedaran dadah, menahan enam suspek dan merampas lebih 16 juta pil methamphetamine, 27 kilogram heroin dan sejumlah aset.

Semua suspek ditangkap ketika mengangkut dadah secara rahsia di dalam kenderaan mereka.

Antara ditahan ialah ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Anan dan pegawai kewangannya, Suriya.

Mereka mengetuai sindiket penyeludupan dadah antarabangsa utama yang dikaitkan dengan rangkaian penyeludupan narkotik rentas sempadan, demikian menurut laporan portal berita KhaoSod.

Pihak berkuasa turut merampas 1.5 tan dadah jenis ice yang sedang dibawa untuk pengedaran antarabangsa di sebuah jeti di Nakhon Si Thammarat.

Dadah itu dilaporkan untuk akan diseludup ke Malaysia, Taiwan, Indonesia, dan Filipina. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI