fbpx

Pelajar tingkatan tiga mandi paya ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR mengangkat mayat Muhammad Hazrie Ezani yang mati lemas di Kampung Rantau Abang, Dungun hari ini.

DUNGUN – Keriangan lima sahabat mandi di kawasan paya berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas di Kampung Rantau Abang di sini hari ini.

Kejadian lemas menimpa mangsa, Muhammad Hazrie Ezani Abdullah, 16, berlaku pada pukul 5.13 petang.

Mayat pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Rantau Abang itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 6.10 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Hazrie Ezani dikatakan mandi di kawasan paya itu bersama empat rakannya.

“Mangsa dikatakan tiba-tiba lemas sebelum rakan-rakannya yang panik segera meminta bantuan penduduk kampung.

“Insiden lemas berkenaan kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Shahrizal Shamsudin berkata, seramai 22 anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kes lemas tersebut.

Beliau berkata, mayat Muhammad Hazrie Ezani berjaya ditemui di dasar paya tersebut pada kedalaman kira-kira empat meter dan kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI