fbpx

Lima anjing K9 pencen tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota bomba bersama-sama anjing pengesan K9 mereka.

SERIAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan menamatkan khidmat lima ekor anjing pengesan (K9) mereka pada tahun depan.

Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata, keputusan itu diambil atas faktor kesemua anjing terbabit telah melepasi had kecerdasan maksimum iaitu enam ke tujuh tahun.

“Kalau ikut tempoh (matang) memang tahun ini kita membuat penggantian anjing K9 baharu untuk memperkasakan keupayaan operasi.

“Ini kerana apabila anjing sudah berumur, ketepatan mereka akan menurun,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pengebumian anjing pengesan dari disiplin Cadaver, Cliff di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, hari ini.

Menurutnya, penggantian anjing K9 JBPM Sarawak akan dibuat menggunakan peruntukan yang diluluskan kerajaan sebanyak RM12 juta pada tahun lalu.

Katanya, pembelian untuk seekor anjing pengesan boleh mencecah RM124,000 seekor dengan usia mereka pada kadar dua hingga tiga bulan.

Khirudin berkata setakat ini, JPBM Sarawak mempunyai enam ekor anjing K9 termasuk Cliff, yang mati pada 25 Disember tahun lalu.

Selain Cliff, lima lagi anjing K9 JBPM Sarawak dikenali sebagai Sue, Wilf, Bella, Daisy dan Bailey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI