fbpx

Penduduk bimbang sudah sebulan harimau berlegar di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat harimau yang dirakam penduduk di Kampung Kuala Kenering di Lenggong hari ini. - Foto MEDIA SOSIAL

LENGGONG – Penduduk Kampung Kubang dan Kampung Kuala Kenering di sini berada dalam kebimbangan ekoran kehadiran harimau di kawasan tersebut yang dikesan sejak sebulan lalu.

Menurut hantaran seorang penduduk di laman Facebook, Zulkifle Hussain, kelibat harimau dikesan petang tadi berhampiran rumah salah seorang warga Kampung Kubang apabila seekor anjing didapati mempunyai bekas cakaran binatang buas tersebut.

Bahkan, dia turut mendakwa penduduk Kampung Kuala Kenering terserempak dengan harimau malam ini dan masalah itu telah berlanjutan di kedua-dua kampung berkenaan sejak Disember lalu.

“Apa tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kawasan Gerik?” soalnya dalam hantaran berkenaan.

Dia turut mendakwa pernah terserempak dan hampir diserang harimau di kawasan kebunnya di sini dan aduan telah diajukan berulang kali kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff mengesahkan pihaknya menerima aduan penduduk berhubung serangan terhadap anjing berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil tindakan menembak serta membakar mercun bagi tujuan menghalau harimau berkenaan dari kawasan kampung.

“Kita harap harimau itu masuk semula ke Hutan Simpan Papulut. Kakitangan kami akan terus melakukan rondaan serta pemantauan,” katanya yang turut memberitahu, aduan pertama diterima berhubung haiwan itu pada 3 Disember lalu

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menemui kesan harimau selepas siasatan dilakukan ketika itu bahkan pengadu juga tidak hadir di lokasi yang didakwa sebagai tempat haiwan itu muncul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI