fbpx

Jimat banyak berkunjung di Taman Tema Genting SkyWorlds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Harga bermula serendah RM98 ditawarkan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman bermain di Taman Tema Genting SkyWorlds, sekali gus peluang berhibur bersama keluarga dan rakan dengan pakej istimewa.

Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Genting Malaysia Bhd (GENM), Spencer Lee berkata, untuk keluarga dan yang datang berkumpulan disarankan merebut peluang Beli Lebih Jimat Lebih 1 Hari Tiket Kombo eksklusif pada laman web Genting SkyWorlds.

“Pengunjung boleh berjimat sehingga 41 peratus dengan minimum pembelian empat tiket dengan harga RM454 (jimat RM202) atau maksimum pembelian sembilan tiket dengan harga RM873 (jimat RM603).

“Dengan tawaran hebat tersebut, sekarang adalah masa yang baik untuk mulakan pengembaraan menakjubkan di atas awan.

“Raikan tahun baharu 2024 dengan penjimatan di Resorts World Genting menerusi pembelian tiket dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Spencer turut mengucapkan penghargaan kepada pengunjung Malaysia dan antarabangsa yang terus menyokong sejak pembukaan Taman Tema Genting Skyworlds pada Februari 2022.

“Justeru kita menjempat semua untuk merasai lagi pengalaman di sini dengan tawaran baharu,” katanya.

Taman Tema Genting Skyworlds diundi sebagai taman tema baharu terbaik oleh CNN Travel.

Selain itu, taman tema tersebut yang pertama dan satu-satunya dianugerahkan penarafan platinum Jaminan Kualiti Menyeluruh Malaysia (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI