fbpx

SPRM siasat belanja publisiti RM700 juta dua bekas PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan awal berhubung penggunaan wang berjumlah RM700 juta ketika pentadbiran dua bekas Perdana Menteri.

Wang berkenaan dipercayai dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu, SPRM hari ini telah ke Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi proses siasatan dan mengumpul maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan.

Menurut sumber, siasatan dibuat berdasarkan maklumat awal seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lepas.

Prabakaran ketika itu, meminta Anwar menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini.

Susulan kenyataan Anwar tersebut, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut membuat catatan di media sosial X baru-baru ini bahawa rakyat berhak mengetahui bagaimana RM700 juta telah dibelanjakan.

“SPRM mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan sebagaimana pendedahan mengenai penggunaan wang RM700 juta, baru-baru ini.

“Siasatan awal menjurus kepada bagaimana wang tersebut dibelanjakan dan adakah prosesnya mengikut tatacara yang betul,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan Datuk Seri Hishamuddin Hashim turut mengesahkan siasatan tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenainya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI