fbpx

Remaja 13 tahun dinodai dalam sawah padi lepas sambut tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR PUTEH – Seorang buruh dicekup selepas dipercayai tergamak melampiaskan nafsunya terhadap seorang remaja berusia 13 tahun di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, di sini semalam selepas membawa mangsa menyambut tahun baharu.

Suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semasa berada di dalam sebuah bas di Bentong, Pahang selepas dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan kes itu kira-kira pukul 6.50 pagi tadi sebelum menjalankan siasatan untuk menahan suspek.

Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa dikatakan keluar bersama suspek tanpa pengetahuan ibunya dengan menaiki sebuah motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut di Terengganu menuju ke Pasir Puteh.

“Suspek membawa remaja itu bersiar-siar di sekitar kawasan Besut dan Pasir Puteh sempena menyambut tahun baharu.

“Lelaki itu kemudiannya membawa mangsa ke kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, di sini sebelum bertindak menodai kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, selepas kejadian itu, suspek meninggalkan mangsa di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang sebelum ditemui oleh ahli keluarganya.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, pihak polis berjaya menahan suspek di dalam sebuah bas di Bentong hari ini.

Tambahnya, suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI