fbpx

Penumpang pesawat terkejut temui cacing dalam sandwic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kushboo terkejut apabila sandwic sayur yang dimakannya mempunyai cacing baru-baru ini. - Foto Kushboo Gupta/Instagram

NEW DELHI – Seorang wanita yang menaiki pesawat IndiGo dari New Delhi ke Mumbai terkejut apabila mendapati terdapat seekor cacing pada sandwic sayur yang dihidangkan oleh kru kabin, lapor portal berita The Indian Express semalam.

Pakar diet dan jurulatih pemakanan, Kushboo Gupta memuat naik gambar sandwic itu menerusi akaun Instagramnya.

Kushboo berkata, memandangkan ia adalah penerbangan awal pagi, dia memilih sandwic sayur yang dikenakan bayaran pada 29 Disember lalu.

Tambah wanita itu, ketika menggigit, dia terkejut apabila melihat seekor cacing merayap pada rotinya sandwic.

Menurutnya, dia memaklumkan perkara itu kepada pramugari supaya penumpang lain dapat mengelak daripada mengalami kejadian serupa.

Bagaimanapun, Kushboo berkata, pramugari tersebut tidak mengambil serius aduannya dan terus menghidangkan sandwic kepada penumpang lain.

Kushboo kemudian menulis bahawa dia akan membuat aduan berhubung perkara itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI