fbpx

Mayat lelaki dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki yang ditemukan di kawasan semak Kampung Selang Laut, Telaga Air, malam tadi.

PADAWAN – Penduduk Kampung Selang Laut, Telaga Air di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan semak kampung berkenaan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai mayat itu daripada orang awam kira-kira pukul 9.30 malam tadi dan segera menggerakkan anggota ke lokasi.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat seorang lelaki dijumpai di kawasan semak dalam keadaan terlentang. Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang dua hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada tubuh mangsa dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Abang Zainal berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Justeru, katanya mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082862233 atau Ketua Polis Balai Batu Kawa Inspektor Shahrul Hafizy di talian 013-2299699. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI