fbpx

Kelly Osbourne diharamkan buat pembedahan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLY OSBURNE

HASRAT penyanyi dan pelakon Kelly Osbourne untuk mengubah wajahnya bersempena tahun baharu 2024 dengan melakukan pembedahan plastik tidak kesampaian apabila dia dilarang keras oleh kedua orang tuanya.

Selebriti berusia 39 tahun itu sudah lama berhasrat untuk melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajah dan leher supaya kelihatan lebih cantik.

“Saya merancang untuk melakukan ‘sesuatu’ pada wajah supaya kelihatan lebih runcing dan muda menjelang usia 40 tahun pada 2024. Namun kedua-dua orang tua saya tidak mengizinkannya,” ujar Kelly.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, bapanya, Ozzy Osbourne melarang keras dia melakukan pembedahan plastik kerana bimbang terjadi perkara yang tidak sepatutnya.

Begitu juga dengan ibunya, Sharon Osbourne yang tidak membenarkan dia melakukan sebarang pembedahan pada tubuh badannya.

Kata Kelly, ibunya pernah melakukan suntikan wajah, namun akhirnya menyesal kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI