fbpx

Jenna Ortega teringat zaman tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNA ORTEGA

BINTANG Wednesday, Jenna Ortega mengakui pernah melalui zaman ‘gelap’ dalam karier seninya apabila sukar untuk mendapat sebarang tawaran berlakon.

Perkara yang dialami pelakon berusia 23 tahun itu sekali gus membuatkan dia berasa tawar hati untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni dan terfikir untuk mengundurkan diri dari dunia glamor.

“Saya pernah berasa seperti tidak diperlukan dalam industri kerana sukar untuk mendapat tawaran berlakon. Sehingga satu tahap, saya terfikir untuk berhenti berlakon dan memilih bidang lain yang lebih memberi jaminan,” katanya ketika ditemu bual bersama Nylon.

Kata Ortega, dia menerima pelbagai alasan kerana dikatakan terlalu muda untuk memegang watak sebagai orang dewasa pada ketika itu.

Bagaimanapun, rezeki akhirnya memihak kepadanya apabila diambil untuk membintangi siri You dengan memegang watak sebagai Ellie, sekali gus menyelamatkan karier lakonannya.

Biarpun tidak memegang watak utama, namun siri tersebut telah banyak membantunya untuk lebih dikenali sebagai artis cilik pada ketika itu yang lebih didominasi bintang Disney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI