fbpx

Hujan, kenderaan berat punca Jalan Gua Musang-Kuala Krai kerap rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Suhaili (kanan) semasa melawat keadaan jalan berhampiran Projek LTU berhampiran Taman Wangi, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Keadaan cuaca hujan lebat selain kerap menjadi laluan kenderaan berat merupakan antara punca keadaan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08) di daerah ini berlubang-lubang dan pecah.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili Ismail berkata, cuaca hujan sejak dua minggu lalu sekali gus memberi kesan kepada keadaan permukaan jalan sehingga menyebabkan banyak berlaku kejadian tayar kenderaan pengguna raya pecah.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima lebih 60 aduan secara rasmi dan melalui media sosial mengenai jalan raya yang berlubang di kawasan itu.

“Tindakan segera sudah diambil oleh pihak kontraktor projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dengan melakukan kerja tampalan awal di jalan yang rosak terbabit.

“Kita jangkakan kerja-kerja membaiki permukaan jalan terbabit akan dapat dimulakan pada bulan ini. Selain itu, kita berharap keadaan cuaca sentiasa baik bagi memastikan kerja-kerja membaiki permukaan jalan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi taklimat bersama Unit Projek Khas ECER 1 JKR dan Roadcare (M) Sdn. Bhd. di Pejabat JKR Gua Musang, Bandar Baru di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Suhaili memberitahu, jalan terbabit sudah diselenggara pada bulan November lalu, namun masih berlaku kerosakan akibat hujan dan pertambahan kenderaan semasa musim cuti sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI