fbpx

Gempa bumi Jepun: Enam mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa bangunan rosak dirakam di sebatang jalan di bandar Wajima, Ishikawa hari ini. – AFP

TOKYO – Sekurang-kurangnya enam mangsa terperangkap dalam beberapa bangunan runtuh di Wajima, wilayah Ishikawa selepas gempa bumi kuat menggegarkan tengah Jepun hari ini, lapor akhbar The Japan Times.

Satu kebakaran besar turut berlaku di bandar selepas gempa bumi, manakala sebilangan kawasan perbandaran melaporkan banyak rumah runtuh.

Beberapa kecederaan turut dilaporkan termasuk dua wanita yang dibawa ke hospital selepas terkena serpihan objek di Awara.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana, lebih 51,000 orang di lima wilayah diarahkan berpindah.

Dalam pada itu, amaran tsunami utama yang dikeluarkan di Ishikawa sebelum ini telah diturunkan. Namun, keseluruhan kawasan pantai di Laut Jepun kekal diletakkan di bawah amaran tsunami dengan ombak sehingga 3 meter.

Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda sekitar pukul 4.10 petang (waktu tempatan) hari ini mencetuskan amaran tsunami ketika orang ramai digesa berlindung di kawasan tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI