fbpx

Sorok daun ketum bersama ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua suspek bersama ketum yang dirampas APMM Selangor.

KLANG – Sejumlah daun ketum yang disorokkan bersama 50 kilogram (kg) ikan dalam peti simpanan sebuah bot nelayan dirampas pihak berkuasa di sekitar perairan Sabak Bernam, di sini semalam.

Rampasan itu dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 4.55 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan pada kedudukan kira-kira lapan batu nautika barat daya Tanjung Sauh.

Pemeriksaan lanjut menemui 1.62 kg daun ketum dan 13 botol air ketum bersaiz 1.5 liter serta tiga botol ubat batuk dipercayai untuk kegunaan nelayan sepanjang di laut.

Pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan empat kru warga Myanmar berusia 26 hingga 41 tahun. Mereka tidak memiliki dokuman pengenalan diri yang sah dan kes disiasat mengikut Akta Racun 1952, Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Perikanan 1985.

“Bot tersebut juga didapati melanggar syarat lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan difahamkan mereka dibayar gaji antara RM90 hingga RM120 sehari,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI