fbpx

Operator kilang maut dirempuh selepas terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Kancil dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan terbabit.

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kereta dipandu warga emas selepas dia terjatuh daripada motosikal jenis Yamaha LC135 dalam kejadian di Jalan Besar Serting Hilir semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa, Muhammad Ikhmal Abdul Halim, 22, yang bekerja sebagai operator kilang disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, lelaki warga emas berusia 65 tahun itu memandu kereta jenis Perodua Kancil dari arah Serting Hilir menuju ke bandar Seri Jempol ketika hujan renyai.

“Setibanya di lokasi kejadian, secara tiba-tiba penunggang motosikal dipercayai telah terjatuh semasa hendak memotong kenderaan. Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu kereta tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI