fbpx

Masjid tayang EPL, jamuan sate sambut 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster majlis berkenaan malam ini.

PETALING JAYA – Masjid Saidina Ali K.W di Padang Balang Gombak akan menyediakan juadah sate percuma dan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak EPL antara Arsenal dan Fulham sempena sambutan ambang tahun baharu malam ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkata, ia merupakan salah satu daripada puluhan aktiviti yang dilakukan oleh masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menarik minat orang muda mendekati masjid.

“Menjelang ketibaan tahun baharu, masjid-masjid di sekitar Wilayah-Wilayah Persekutuan telah mengaturkan pelbagai pengisian menarik sempena ambang tahun baharu seperti ceramah dan kuliah Maghrib khas oleh penceramah tersohor, bacaan Yasin dan Tahlil, bacaan doa akhir dan awal tahun, qiamullail, dan munajat untuk Palestin.

“Lebih istimewa, Masjid Saidina Ali K.W, Padang Balang Gombak misalnya menganjurkan tayangan EPL Arsenal vs Fulham untuk menarik minat golongan muda menyertai aktiviti yang lebih bermanfaat pada malam tahun baharu. Cabutan bertuah dan menu sate percuma disediakan,” katanya dalam satu kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI