fbpx

ALGORITMA 2023: Belasungkawa, dunia hiburan kehilangan permata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PATAH tumbuh hilang berganti, namun yang datang tidak mungkin sama dengan mereka yang telah pergi. Sepanjang 2023, dunia hiburan juga banyak menangisi pemergian nama-nama besar yang pernah berjuang dengan bakat dan karya tersendiri menghiburkan seluruh peminat dan pencinta seni.

ALLAHYARHAM M. Daud Kilau menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.46 petang semalam.

Datuk M. Daud Kilau (18 Disember)

Bintang legenda digelar Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau, 85, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan (HTI) berikutan komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung dan kencing manis. Allahyarham yang terkenal dengan imej unik berpakaian labuci dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek sepatutnya menjalani pembedahan memotong kedua-dua kaki pada hari pemergiannya.Sepanjang lebih lima dekad dalam arena seni suara, penghibur kesayangan ramai itu pernah menghasilkan album langgam dan dangdut.

ALLAHYARHAM Ibnor Riza

Ibnor Riza (17 Disember) 

Penyanyi terkenal era 1980-an, Ibnor Riza Ibrahim, 62, menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu tidak sedarkan diri sejak menjalani  pembedahan membuang cecair pada kepalanya.Penyanyi yang popular dengan pelbagai lagu hit termasuk Berdiri Seorang Perindu itu disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu selepas terdapat benjolan pada lehernya. Biarpun doktor memaklumkan dirinya hanya ada enam bulan untuk hidup, Ibnor tetap optimis melawan sel barah tersebut sehingga sanggup menjual tiga kereta bagi membiayai kos rawatan.

Suhaimi Mohd Saad (21 November)

Bekas anggota, In-Team, Mohd. Suhaimi Mohd Saad meninggal dunia pada usia 43 tahun di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Tia Jinbara (8 November)

Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia menghembuskan nafas terakhir seminggu selepas dikesan menghidap kanser hati. Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam.

Badrul Muhayat (28 Oktober)

Bintang filem Azizah The Legend, Badrul Muhayat pergi mengejut dalam tidur pada usia 55 tahun di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bad Indigo (26 Oktober)

Selepas beberapa tahun menanggung penyakit kencing manis kronik, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kerjanya di Ampang, Selangor.

Ridzuan Hashim  (4 Mei)

Terkenal dengan watak ‘King’ dalam KL Gangster, Ridzuan Hashim meninggal akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur.

Mael XPDC  (27 April) 

Vokalis XPDC Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhi di Hospital Muar, kira-kira pukul 5.30 petang.

Sebelum itu, Allahyarham  dikejarkan ke hospital selepas diserang penyakit asma sebelum disahkan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian.

 

 

Mek Habsah (11 September)

Selebriti era 1980-an, Mek Habsah atau Habshah Bakar, 67, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.

Rohana Jalil (21 Jun)

Rohana Jalil atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil, 68, menghembuskan nafas terakhir di HUKM akibat kebocoran usus.

Wahid Satay  (22 Mei)

Seniman berusia 93 tahun yang terkenal sejak era filem hitam putih meninggal dunia di dalam tidur di kediaman keluarganya di Singapura.

Allahyarham yang membintangi puluhan filem bermula dengan produksi Cathay-Keris menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan lemah jantung.

Julie Sudiro

Datin Paduka Julie Sudiro (5 Februari)

Penyanyi dan penghibur jazz legenda tempatan, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, meninggal dunia di Hospital UiTM Puncak Alam, akibat komplikasi paru-paru.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI