fbpx

Tiga kejohanan awal penentu nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI (depan) dan Yew Sin berharap mereka tidak perlu menghadapi terlalu banyak kejohanan untuk layak ke Sukan Olimpik di Paris tahun depan.

PEMAIN beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin meng­anggap tiga kejohanan awal bulan depan mampu menjadi penentu kepada peranca­ngan mereka untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Dia yang bergandingan de­ngan Teo Ee Yi berharap dapat mencatat keputusan membanggakan bagi membolehkan mereka mengurangkan jumlah kejohanan yang perlu disertai musim ini.

Menjelang Januari nanti, Ee Yi-Yew Sin dijadualkan me­nyertai Kejohanan Badminton ­Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Indonesia Masters dengan masing-masing memiliki status Jelajah Dunia Super 1000, 750 serta 500.

“Bagi saya, tiga kejohanan awal nanti boleh dianggap penting terutamanya Terbuka Malaysia dan India kerana menawarkan mata yang tinggi memandangkan ia adalah kejohanan Super 1000 serta 750.

“Sekiranya keputusan bagus pada kejohanan tersebut, ­mungkin kita boleh pilih kejohanan mana yang mahu disertai. Kita cuba buru lebih banyak mata dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Seluruh England,” katanya.

Tambah Yew Sin, mereka perlu bijak membuat perancangan pada saingan musim ini bagi memastikan tidak perlu menyertai banyak kejohanan secara berturut-turut kerana ia mampu memberi kesan kepada tahap kecergasan.

Ketika ini, Ee Yi-Yew Sin ­berada pada landasan tepat untuk melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024 apabila menghuni kedudukan ke-11 dalam ranking kelayakan.

“Kejohanan yang sudah sah kami sertai adalah Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Indonesia Masters. Selepas tengok keputusan nanti, baru kami melihat kejohanan lain.

“Kalau kami bermain dalam empat kejohanan berturut-turut juga tidak bagus kerana badan akan menjadi sangat penat. Selain itu, kami juga akan menyertai Seluruh England dan Terbuka Perancis,” ujarnya.

Sebagai rekod, saingan Terbuka Malaysia 2024 dijadualkan berlangsung di ­Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 9 hingga 14 Januari ini.

Ee Yi-Yew Sin pula dijadualkan bertemu beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han yang kini menghuni ranking ke-23 dunia di pusingan pertama nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI