fbpx

Konvoi bermotosikal terus popularkan daerah Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (kiri) dan ahli KBC bergambar kenangan di hadapan salah satu lokasi menarik untuk mempopularkan daerah Kampar baru-baru ini.

KAMPAR – Konvoi bermotosikal ke daerah Kampar bagi me­neroka keunikannya telah menjadi satu kelaziman dalam kalangan ahli kelab kenderaan itu mahupun individu.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh ahli Kampar Bikers Club (KBC) yang bekerjasama dengan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan pemain industri pelancongan tempatan untuk merancakkan kaedah pelanco­ngan di daerah tersebut.

Setiausaha KBC, Abdullah Isa, 62, berkata, antara kaedah dilakukan termasuk mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan menarik di sekitar Kampar terutama kedai makan yang diusahakan penduduk tempatan.

“Sejak sekian lama kita dapat saksikan kehadiran konvoi-konvoi bermotosikal dari luar yang singgah ke lokasi pelancongan tempatan khususnya restoran tular di Kampar. Jadi dari sudut itu KBC memainkan peranannya untuk turut sama mempromosikan tempat-tempat menarik di sini.

“Menerusi media sosial kami seperti Facebook dan TikTok, orang ramai boleh menyaksikan sendiri hantaran-hantaran berkaitan lokasi pelancongan menarik di Kampar beserta alamatnya.

Justeru mereka yang mahu berkonvoi boleh terus ke destinasi tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Abdullah berkata, antara destinasi pelancongan gastronomi popular dalam kalangan pelancong ialah Kelapa Leleh Kampor, Restoran Capati Corner serta Restoran D’inai.

Sementara itu, Yang Dipertua MDKpr, Ahmad Suqairy Alias berkata, Majlis Penyerahan Bi­kers Trail sempena Sambutan Ambang Tahun Melawat Perak 2024 baru-baru ini merupakan kolaborasi strategik di antara Tourism Perak, pihaknya dan pengusaha makanan Kelapa Leleh Kampor.

“Kampar Bikers Club seramai 20 orang akan menjadi duta kecil pelancongan daerah bagi mempromosi tempat-tempat pelancongan di Kampar melalui konsep pelancongan bermotosikal,” katanya.

Pada masa sama, beliau ya­kin daerah itu akan menerima kehadiran lebih 250,000 orang pelancong ke daerah berkenaan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau berkata, pelbagai usaha telah dilaksanakan pihaknya termasuk memper­kenalkan pelancongan gastronomi sebagai nilai tambah di daerah berkenaan.

“Statistik bulan lalu menunjukkan daerah Kampar menerima kehadiran 170,000 pelancong dan diharapkan meningkat kepada 250,000 orang selari dengan promosi Tahun Melawat Perak 2024.

“Kami juga menjenamakan pelancongan di daerah ini menerusi logo beYoutiful selain melaksanakan program-program berasaskan perkataan itu seperti beYoutiful@Makansini, beYoutiful@Komen&Menang dan bagi tahun 2024 ialah program acara beYoutiful@Stayinn,” katanya.

Pelancongan merupakan salah satu daripada empat sektor utama bagi Ekonomi Pengalaman yang digariskan di bawah pelan Perak Sejahtera 2030, dengan tiga lagi disenaraikan di bawah­nya ialah pendidikan, perkhidmatan dan kesejahteraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI