fbpx

Harimau Malaya bakal uji kelab Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Harimau Malaya bakal mendapat satu lagi aksi persahabatan menentang kelab Qatar sebelum membuka tirai Piala Asia bulan depan. – FAM

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan membiarkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dihimpit resah dan kini sedang menanti jawapan daripada kelab Qatar untuk ­melengkapkan satu lagi aksi ­persahabatan.

Walaupun sekadar berstatus kelab, FAM sentiasa mencari jalan untuk memberi ruang kepada Pan-gon menguji kemampuan pemainnya dan ia tetap dianggap pemanas badan terbaik sebelum membuka tirai Piala Asia di Qatar menentang Jordan pada 16 ­Januari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sudah menghantar permohonan kepada kelab ber­kenaan dan pengumuman akan dibuat sejurus mendapat ­persetujuan.

“Kita faham keperluan pasukan kebangsaan dan kita cuba aturkan satu lagi perlawanan buat Harimau Malaya. Buat masa sekarang, kita sedang berusaha untuk dapatkan persetujuan da­ripada salah sebuah kelab Qatar.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh umumkan lagi kelab mana dan menanti jawapan daripada mereka,” katanya.

Kelmarin, Pan-gon mengakui, kekurangan aksi persahabatan kompetitif memberi kesan kepada perancangannya, namun tetap yakin FAM mampu mencari ‘jalan keluar’ membolehkan Harimau Malaya memiliki aksi pemanas badan mencukupi.

“Satu perlawanan tidak mencukupi, tetapi apa yang boleh saya katakan kita akan berusaha untuk mencari satu lagi aksi pemanas badan apabila berlepas ke Qatar nanti,” kata Pan-gon.

Sebelum ini, FAM mengesahkan aksi persahabatan ­menentang Arab Saudi terpaksa dibatalkan selepas mendapat permintaan daripada ketua ­jurulatih baharu negara itu, ­Roberto Mancini.

Bagaimanapun, peningkatan ketara di bawah Pan-gon menjadikan Harimau Malaya ‘laku keras’ apabila Syria bersetuju untuk menggantikan Arab Saudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI