fbpx

Banjir: Kuala Terengganu, Kemaman beransur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk bersiap sedia setelah hujan lebat turun semula di Pasir Raja, Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak 23 Disember lalu semakin memulih hari ini dengan hanya 1,507 mangsa daripada 385 masih berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.

Kuala Terengganu dan Kemaman menjadi daerah terbaharu pulih daripada banjir selepas Besut semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 1,142 mangsa daripada 306 keluarga masih berada di 14 PPS.

“Seramai 305 mangsa daripada 67 keluarga masih berada di dua PPS di Hulu Terengganu. PPS Surau Kampung Nyatoh, Setiu pula mempunyai 34 mangsa daripada enam keluarga,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 20 mangsa daripada lima sekeluarga pula berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang.

Tambah beliau, PPS Dewan Sivik Pulau Duyong, Kuala Nerus pula masih mempunyai enam mangsa sekeluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI